Proses Rekabentuk

Proses untuk menbangunkan sesebuah laman web akan melibatkan 6 fasa, iaitu:

Fasa 1 - Pengumpulan Maklumat Awal

Pertama sekali, kami akan keluarkan sebut harga dan jika ianya dipersetujui oleh pihak anda, fasa pengumpulan maklumat awal akan dijalankan.Saya akan bekerjasama dengan anda untuk duduk bersama berbincang mengenai maklumat lanjut berkaitan rekabentuk laman web.

Fasa 2 - Rekabentuk Awal

Dalam proses ini saya akan melakarkan rekabentuk awal (demo) dan jika anda bersetuju dengan rekabentuk tersebut, maka proses rekabentuk akhir serta pengaturcaraa akan dilakukan. Dan sekiranya maklumat tambahan diperlukan, saya akan menghubungi anda untuk mendapatkan informasi tersebut.

Fasa 3 - Rekabentuk dan pengaturcaraan

Setelah maklumat diperolehi, saya akan menjalankan proses rekabentuk akhir serta proses pengaturcaraan mengikut maklumat-maklumat yang dikumpul semasa perbincangan sebelum ini. Dan sekiranya maklumat tambahan diperlukan, saya akan menghubungi anda untuk mendapatkan informasi tersebut.

Fasa 4 - Semakan

Setelah selesai proses rekabentuk akhir dan pengaturcaraan, maka proses semakan akan dilakukan oleh anda. Ini memastikan laman web yang dibangunkan oleh saya menepati dengan keperluan anda.Jika anda bersetuju, maka kita akan ke fasa 5.

Fasa 5 - Pembayaran, Daftar Domain, Penyiaran

Setelah selesai fasa semakan dan anda bersetuju, maka anda perlu membuat pembayaran dengan jumlah dipersetujui dan selepas proses pembayaran dilakukan, saya akan membuat pendaftaran domain dengan nama domain pilihan anda. Dan jika proses ini selesai, laman web anda akan ditempatkan di server hosting dan akan disiarkan secara online.

Fasa 6 - Penyelenggaraan

Tempoh penyelenggaraan bagi laman ini bergantung kepada tempoh yang dipersetujui oleh anda.Dalam proses penyelenggaraan, saya akan melakukan proses mengemaskini data, backup pengkalan data (database), membaiki fix error bagi sesetengah pelayar web, penambahan ciri-ciri keselamatan mengikut perkembangan semasa dan menaikkan taraf versi laman web (jika penyelengaraan melebihi setahun).

Hubungi Saya





Kod Sekuriti:  576328

Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini26
mod_vvisit_counterKelmarin40
mod_vvisit_counterMinggu Ini174
mod_vvisit_counterMinggu Lepas431
mod_vvisit_counterBulan Ini1152
mod_vvisit_counterBulan Lepas1645
mod_vvisit_counterKeseluruhan29223
Pelawat: 1 guests online